Penyediaan Akaun

APA ADA PADA AKAUN?

Akaun disediakan untuk melihat beberapa laporan:

~ Akaun untung rugi (Profit and Loss Account)

Akaun untung rugi untuk rekod Jualan, Kos Jualan, Belanja.
Dari rekod ini kita akan tahu Keuntungan Kasar, Keuntungan Bersih dan boleh menganalisis data untuk membuat tindakan segera.

~ Imbangan Duga (Balance Sheet)

Balance Sheet disediakan untuk melihat jumlah aset tetap, baki bank, jumlah penghutang, jumlah pemiutang, lain lain pemiutang, reserve syarikat dan modal.

~ Aliran Tunai (Cash flow)

Cash flow boleh menerangkan cara duit diterima dan dibelanjakan.
Kita boleh membuat anggaran cash flow menggunakan data sedia ada.

BILA PERLU DISEDIAKAN AKAUN?
=============================

Akaun yang wajib adalah setahun sekali. Selepas berakhir tempoh kewangan.

Anda boleh memilih untuk kami sediakan akaun setiap bulan, setiap 3 bulan, setiap 6 bulan atau setahun sekali. Bergantung kepada keperluan dan kemampuan.

APA DOKUMEN YANG PERLU SEDIAKAN?
===================================

1. Bank statement
2. Invoice
3. Supplier invoice
4. Keratan cek yang telah digunakan
5. Resit resit belanja
6. Bil bil utiliti
7. Slip gaji pekerja/ ringkasan gaji bulanan
8. Buku tunai jika ada
9. Payment/Cash voucher jika ada
10. Agreement sewa beli, sewa pejabat, dan sebarang agreement jika ada

BERAPA KOS MENYEDIAKAN AKAUN?
================================

Yuran dikenakan mengikut transaksi bisnes anda. Untuk mendapatkan sebutharga yuran perakaunan anda, hubungi: SEBUTHARGA AKAUN