Balance Sheet (3)

Semalam pasal Net Current Assets atau Liabilities dalam Balance Sheet (SoFP). Harini nak cerita pasal jenis jenis Current Assets. Benda ni sejenis aset yang boleh dicairkan atau ditunaikan dalam tempoh 12 bulan.

Yang biasa ada, hutang dari customer atau client. Stok. Cash and bank. Deposit. Hutang pengarah. Dan macam macam lagi boleh jadi. Konsep dia, dalam masa 12 bulan boleh dapat cash. Boleh guna.

Persoalannya, benarkah ianya boleh dicairkan? Kita as business owner kena faham, tujuan dicairkan adalah untuk apa? Untuk menampung kos operasi dan bayar hutang. Kekadang nilai kat current assets ni tinggi. Hakikatnya, nak cairkan pun susah.

Contoh, hutang dari customer. Kalau ikutkan rekod, dia baru lagi hutang. Tak sampai 3 bulan. Jadi, dari segi teori memang dia current aset. Sekali dia ni rupanya bisnes baru menjunam. Tersontot skim pisang emas dibawa berlayar. Ah sudah. Mampu dia bayar dalam tempoh 12 bulan?

Contoh lain. Deposit sewa dimasukkan dalam kategori current aset. Betul. Memang kita boleh dapat balik deposit ni dalam tempoh 12 bulan. Dengan syarat kita keluar dari kedai kita sewa ni. Nak pulak kita keluar? Kalau tak keluar tak cair la dia.

Contoh paling hangat dipasaran. Jadi agent Gotmekmek. Beli stok bebanyak. Memang la produk laku keras. Tengok la siapa sales advisor dia. Masalahnya kat kita ni sebagai agent. Salah mandi bunga, tak jual jual. So, stok berkotak kat tepi peti ais tu boleh dicashkan ke? Kalau boleh ok. Tapi dalam SoFP kita still letak dia bawah current aset.

Contoh terakhir. Hutang dari pengarah atau syarikat berkaitan. Adakah hutang hutang ni boleh dicairkan segera? Mahukah pengarah bayar hutang tu? Kita punya bisnes, kita tahu la.

Kita bisnes owner. Kita tahu status current aset kita. On paper and beside paper. Kita kena jujur dengan diri sendiri. Adakah current assets kita mencukupi.

Bak kata Tuan SS, setakat target sales berjuta apalah sangat, berapa target real current assets kita nak ada hujung tahun 2019. Kita set, kita kejar.

Takkan lari gunung dikejar. Cuma sanggup kejar dengan tak sanggup kejar je gunung tu.