Perkhidmatan yang menyeluruh

Kami menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh untuk Setiausaha Syarikat dan Pengurusan Kewangan di setiap aspek pengurusan, dengan cekap dan bernilai untuk perkembangan perniagaan anda.  Semenjak dari awal penubuhan, AMR Business Consultant Sdn. Bhd. memindahkan kepakaran kami ke dalam pengurusan pelanggan agar memastikan pematuhan peraturan Akta Syarikat 2016, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Jualan dan Perkhidmatan 2018 serta keperluan peraturan lain yang berkaitan.

Perkhidmatan Perakaunan

imgamraccount1
  • Menyediakan perkhidmatan perakaunan untuk syarikat-syarikat yang ingin menjimatkan kos pengurusan rekod kewangan mereka.
  • Mengumpul dan menyusun dokumen kewangan anda setiap bulan / suku tahunan / tahunan.
  • Merekod transaksi kewangan.
  • Menyediakan Penyata Kewangan.
  • Penyerahan SST.
  • Audit tahunan.
  • Penyerahan cukai korporat kepada LHDN.
  • Penyediaan bajet tahunan.

bantuan profesional SST

Kami menawarkan bantuan profesional SST untuk pendaftaran dan penyerahan laporan SST.

Kami akan memberi khidmat nasihat mengenai keperluan penyerahan SST, mengkaji semula borang SST-02, dan pembayaran SST.

Kami akan mengumpulkan semua data untuk SST anda secara bulanan atau setiap 2 bulan.

Perkhidmatan Setiausaha Syarikat

Bermula dengan penubuhan dan pemerbadanan, penyediaan kemudahan pejabat berdaftar, untuk memberikan bantuan di mesyuarat Lembaga dan mesyuarat dan dokumentasi umum pemegang saham.

  • Pendaftaran Sdn. Bhd.
  • Perkhidmatan Setiusaha Syarikat
imgamraccount4

Khidmat Nasihat Percukaian

imgamraccount3

Kami memberi nasihat dan membantu dalam pematuhan cukai untuk individu, perkongsian dan cukai syarikat untuk membantu anda mengelakkan penalti yang tidak perlu dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

  • Cukai Individu (Enterprise)
  • Cukai Syarikat (Sdn. Bhd.)

Penyedian Laporan Audit

Audit adalah penting bagi Syarikat untuk mengekalkan keyakinan dan kepercayaan pihak-pihak yang berminat dengan Syarikat anda. Untuk memenuhi jangkaan orang ramai dan pelabur terhadap Syarikat perlu menyediakan penyata kewangan lengkap, tepat dan saksama.

Pelanggan AMR Business Consultant Sdn. Bhd. Akan diaudit oleh firma RS Associates atau Kuzaimi & Co. Selaku penyedia perakaunan anda, kami akan berurusan dengan juruaudit bagi penyedian laporan audit syarikat anda.

imgamraccount2

Hubungi Kami